Bantu Kami Cukupkan Rm800 Perbelanjaan Seminggu. Bil Utiliti,
Bantu kami cukupkan RM800 perbelanjaan seminggu. Bil Utiliti, Kuliah, Pengurusan & Pembangunan.
Masjid ini terletak di Kg Sungai Jerneh, Lubok China, Melaka. Sebuah Masjid Luar Bandar. Namun kami sentiasa menambahbaik Pengimarahan dan Pembangunan Masjid Ibnu Sina
Kenapa tak guna je Tabung Masjid?
Untuk makluman semua, kutipan Tabung Masjid setiap minggu berjumlah 400-700. KadangΒ² lebih kadang kurang.
Namun jumlah ini hanya cukup menampung aktiviti kuliah Maghrib 4 Kali Seminggu(saguhati guru kuliah), jamuan selepas kuliah & kelas mengaji.
Setiap perbelanjaan Masjid bergantung kepada sumbangan orang ramai(Dana Awam).
Masjid juga perlu menampung kos Bil Utiliti Masjid, (Elektrik, Air dan wifi). Elaun tambahan pegawai Syarak & pembantu Am, maintenance kecil (seperti service aircond, elektrik dan perpaipan) & Pembangunan kecil Masjid.
Kos diatas mencecah RM3200 sebulan. Kalau bahagi 4minggu RM800 seminggu.
Kami percaya ramai hamba Allah yang ingin membantu Masjid kami. Setiap sumbangan Tuan Puan kami tidak akan simpan semata-mata.
Kami akan sentiasa pastikan setiap sumbangan dibelanjakan secara berhemah agar pahalanya sampai kepada semua yang menyumbang.
Untuk makluman, Masjid kami menggunakan SISTEM PELAPORAN PENGURUSAN KEWANGAN MASJID NEGERI MELAKA(SPPKMS). Setiap penerimaan dan perbelanjaan boleh dilihat dan dipantau terus oleh pihak JAIM.
Bantulah mengikut kemampuan dan seikhlas hati Tuan Puan. RM10 ke RM1 ke. RM100 ke RM1000 ke
Semoga Tuan Puan dipermudahkan urusan dan dimurahkan rezeki selalu
untuk pertanyaan hubungi
wasap.my/60177954807/infaqmasjidibnusina
@
www.masjidibnusina.com
#MasjidUntukSemua
#MasjidIbnuSina
